mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 (Alis binti Ali – Kisah Kejayaan Usahawan)

Nama  Alis binti Ali
Umur : 48 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang :

Puan Alis pernah bekerja sebagai operator kilang di salah sebuah kilang di tanah air pada awalnya. Beliau adalah merupakan anak jati negeri Kedah dan telah mengikut suaminya berhijrah ke Simpang Pertang. Semenjak daripada itu beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi fokus untuk membesarkan anak-anak di rumah. Penglibatan Pn Alis dalam perniagaan membuka gerai makanan adalah bermula daripada bekalan makanan yang dibawa oleh anak-anaknya di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500-RM 2000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan gerai makanan beliau. Pengunjung yang sedang bercuti  menjadikan ‘Kedai Makan Abang Ann’ sebagai salah satu destinasi tempat pesrsinggahan untuk menjamu selera.  Selain daripada itu, berikutan daripada perniagaan online, beliau membuat perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan yang terdekat iaitu di daerah Jelebu ini. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM3500.