Nama | : Shangeetha A/p Krishnan |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Sangeetha merupakan seorang pelajar tingkatan empat di SMK Pertang. Sebagai seorang pelajar sekolah, guru sering memberikan tugasan sekolah yang memerlukan beliau menggunakan komputer dan internet bagi mencari maklumat. Oleh itu, beliau sering ke Pusat Interent bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Di Pusat Internet Simpang Pertang, Sangeetha diberi tunjuk ajar oleh petugas petugas PI bagaimana menggunakan micrososft word, excel dan powerpoint.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Sangeetha tidak mahir untuk mengendalikan dan menggunakan komputer dan internet. Beliau juga menghadapi kesukaran terutamanya untuk menggunakan Microsoft Office bagi menyiapkan tugasan sekolah. Selain itu, beliau juga tidak mahir menaip menggunakan keyboard komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan asas komputer dan internet yang dibimbing oleh petugas di Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah mahir menggunakan Microsof Office dan menggunakan komputer. Beliau juga sudah boleh membuat tugasan-tugasan sekolah menggunakan Microsoft Word dan sudah boleh menaip dengan pantas. Beliau juga sudah mahir menggunkaan enjin carian Google bagi mencari maklumat berkaitan tugasan sekolah yang diberi.