mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2020 (SITI AYUNI BINTI BUYONG – Kisah Kejayaan Usahawan)

Nama Siti Ayuni Bt Buyong
Umur : 26 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Cik Ayuni bekerja sebagai kerani  dan baru-baru ini beliau cuba berniaga online bagi menambah pendapatan keluarga. Sebelum ini beliau sering berkunjung ke PI Simpang Pertang untuk menggunakan perkhidmatan print, fotokopi dan dan menggunkaan kemudahan internet di Pusat Internet.

Setelah bebrapa kali mengunjungi PI, Cik Ayuni mengetahui tentang kelas-kelas dan latihan yang diadakan di PI. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menghadiri kelas yang diadakan bagi mempelajari kursus asas komputer serta kursus yang berkaitan dengan perniagaan atas talian termasuklah latihan tentang mempromosikan perniagaan atas talian di media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mahir, tidak yakin dan malu untuk menggunakan media sosial sebagai medium untuk memasarkan produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini mula berasa yakin untuk mempromosikan produk jualan beliau di facebook dan whatsapp status. Beliau juga telah belajar cara-cara ‘editing’ gambar bagi mempromosikan produk jualan beliau.