mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2020 (Nur Fadzillah binti Naim – Kisah Kejayaan Usahawan)

Nama : Nur Fadzillah binti Naim
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang 

Puan Fadzillah merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua orang anak berumur 5 tahun dan 9 tahun.

Disebabkan rutin harian di rumah yang sama pada setiap hari, Puan Fadzillah mula mencari hobi bagi mengisi masa lapang di rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Puan Fadzillah hanya mengait secara suka-suka dengan mempelajari dan mengikuti tutorial di Facebook dan Youtube.

Beliau kemudian ke Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara mempromosikan produk jualan beliau dengan menggunakan medium media sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini mula berasa yakin untuk  mempromosikan

produk jualan beliau di facebook dan whatsapp status. Beliau juga telah belajar cara-cara ‘editing’ gambar bagi mempromosikan produk jualan beliau.