Nama | : Nur Aleya Natasya binti Mohd Sukri |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Nur Aleya merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Pertang. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik dan mempunyai kemahiran asas sahaja dalam penggunaan computer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Aleya sebelum ini tidak mahir menggunakan internet dan computer kerana beliau tidak mempunyai computer atau laptop di rumah. Walaubagaimanapun disebabkan sekolah yang terpaksa ditutup berikutan pandemic covid-19 Aleya terpaksa ke Pusat Internet untuk menggunakan internet dan computer bagi menghadiri kelas secara atas talian yang dijalankan melalui Google Classroom.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapat tunjuk ajar tentang bagaimana mahu menggunakan Google Classroom. Aleya akan datang ke Pusat Internet apabila kelasnya diadakan secara atas talian.
Selain itu juga, beliau juga mendapat tunjuk ajar dari petugas pusat internet bagaimana mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya yang memerlukan penggunaan Pusat Internet dan internet.