mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 (Norizan Binti Ujang – Kisah Kejayaan Usahawan)

Nama  Norizan Binti Ujang
Umur : 48 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang :

Puan Norizan merupakan seorang surirumah tangga. Disebabkan anak-anak sudah semakin besar dan ada yang bersekolah asrama, Puan Norizan banyak mempunyai masa terluang. Oleh sebab itu, beliau mula mengambil order masakan dari rumah secara kecilan.

Puan Norizan yang juga merupakan ahli Pusat Internet sering ke Pusat Internet apabila ada waktu lapang. Dari situ, Puan Norizan mengetahui tentang kelas usahawan yang diadakan di pusat Internet. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menghadiri kelas yang diadakan bagi mempelajari kursus asas komputer serta kursus yang berkaitan dengan perniagaan atas talian termasuklah latihan tentang mempromosikan perniagaan atas talian di media sosial. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau tidak mahir, tidak yakin dan malu untuk menggunakan media sosial sebagai medium untuk memasarkan produk. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini mula berasa yakin untuk mempromosikan produk jualan beliau di facebook dan whatsapp status. Beliau juga telah belajar cara-cara ‘editing’ gambar bagi mempromosikan produk jualan beliau.