Nama | : Nurul Shuhadda binti Mohd Kamal |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang :
Puan Shuhadda merupakan seorang guru KAFA di sebuah sekolah di Simpang Pertang. Sebagai seorang guru KAFA, beliau sering menggunakan kemudahan perkhidmatan di Pusat Internet untuk memudahkan kerja kerja beliau. Antara kemudahan yang sering digunakan di Pusat Internet ialah kemudahan internet, perkhidmatan mencetak dan fotokopi. Selain bekerja sebagai seorang guru KAFA, beliau juga menjadi agent bagi produk barangan kanak-kanak Mommyhana secara kecil-kecilan bagi menambahpendapatan keluarga.
Setelah bebrapa kali mengunjungi PI. Puan Shuhadda mengetahui tentang kelas-kelas dan latihan yang diadakan di PI. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menghadiri kelas yang diadakan bagi mempelajari kursus asas komputer serta kursus yang berkaitan dengan perniagaan atas talian termasuklah latihan tentang mempromosikan perniagaan atas talian di media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Beliau tidak mahir, tidak yakin dan malu untuk menggunakan media sosial sebagai medium untuk memasarkan produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini mula berasa yakin untuk mempromosikan produk jualan beliau di facebook dan whatsapp status. Beliau juga telah belajar cara-cara ‘editing’ gambar bagi mempromosikan produk jualan beliau.