mcmc
Kisah Kejayaan

Rokiah binti Syariff – Kisah Kejayaan Usahawan

zxxxxx

Latar belakang :

Puan Rokiah merupakan seorang suri rumah. Beliau merupakan isteri kepada pesara tentera. Sebelum beliau memulakan perniagaan haiwan ternakan, beliau dan suaminya pernah membuka kedai makan di kawasan perumahan selama 5 tahun. Beliau terpaksa berhenti dengan perniagaannya itu kerana beliau dan suaminya membuat keputusan untuk berpindah ke kampung halaman iaitu di Serting Ulu. Selepas beliau berpindah ke kampung, beliau dan suaminya membuat keputusan untuk membela haiwan yang boleh memberi keuntungan seperti kambing. Dalam tidak sedar hampir 3 tahun beliau telah jalankan perniagaan tersebut. Jumlah ternakan beliau hampir mencecah 50 ekor kambing. Semenjak daripada itu, beliau mula bergiat dalam bidang perniagaan secara atas talian seperti di facebook untuk kembangkan lagi perniagaan beliau. Diperingkat awalnya beliau hanya berniaga dengan menghebahkan melalui WhatsApp sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 – RM 800 sahaja setiap bulan. Pada ketika itu pelanggannya terdiri ahli keluarga, kawan-kawan terdekat dan dikawasan kejiranan tempat tinggalnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan haiwan ternakan yang dimiliki. Selain daripada itu, beliau telah memperoleh ilmu menggunakan Facebook group untuk membantunya berhubung dan memperluaskan lagi perniagaannya. Kini, perniagaannya telah mendapat perhatian daripada kawan-kawan di Facebook dan pendapatan kasar beliau telah mencecah sehingga RM 2000 sebulan.