Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang terletak di daerah Jelebu. Ditubuhkan pada tahun 2013 dan memulakan operasinya pada 1 April 2013. Lokasi yang berada di tengah-tengah pekan simpang Pertang serta berhampiran dengan Balai Polis dan Balai Bomba. Buat pengetahuan semua, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat beberapa fasa dan setiap fasa dikendalikan oleh beberapa tender syarikat telekomunikasi antaranya ialah Telekom Malaysia (TM), Celcom, Maxis dan Digi. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang adalah dibawah pengendalian oleh Telekom Malaysia.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang, untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Menurut penduduk setempat bagunan lama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang pada asalnya adalah Pejabat Pos Simpang Pertang kemudian setelah Pejabat Pos berpindah ke tempat baru bangunan ini dibiarkan kosong sehinggalah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang di bina dan memulakan operasinya sehingga kini. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang telah dirasmikan Dato Haji Jalaluddin Bin Haji Alias selaku ADUN Pertang.