TARIKH: 5 MAC 2026
MASA: 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Tujuan program Sihat Ramadan: Bukan Diet Ekstrem – Ini Cara Saya Turun Berat Dengan Selamat (Part 1) adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat sepanjang bulan Ramadan tanpa mengamalkan diet ekstrem, di samping berkongsi panduan pemakanan seimbang, pengurusan kalori, serta gaya hidup aktif agar peserta dapat mencapai kesihatan yang lebih baik secara berperingkat dan berterusan.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian mengenai konsep penurunan berat badan secara sihat sepanjang Ramadan, penerangan tentang pemilihan makanan seimbang ketika sahur dan berbuka, tips kawalan kalori tanpa diet ekstrem, cadangan rutin senaman ringan yang sesuai ketika berpuasa, serta sesi soal jawab bagi membantu peserta memahami dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan lebih berkesan.