Anda. Ya anda. Yang sedang menggunakan media sosial. Peringatan ini penting untuk anda. Pastikan anda berada pada posisi betul sewaktu menggunakan smartphone anda. Kerana lebih ke hadapan anda membongkokkan leher, semakin berat tekanan yang diberikan kepada tulang belakang cervical anda.
Lebih merisaukan lagi adalah kepada anak kecil kita. Ianya boleh menyebabkan masalah serius untuk jangka masa panjang. Mengapa? Saiz kepala anak berbanding badan mereka sewaktu kecil lebih besar berbanding saiz kepala dan badan sewaktu dewasa. Jadi mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.
Jika boleh, jangan berikan anak anda gadget. Jika ingin berikan pun, pastikan leher anak berada di postur yang baik dan dihadkan masa penggunaan kurang dari sejam.
Pages: 1 2