Ketika musim perayaan, lazimnya orang ramai akan berbelanja sakan untuk membeli pakaian dan langsir baharu, menukar kereta, peralatan atau perabot rumah, kuih muih serta juadah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Biarpun tidak menjadi kesalahan berbelanja lebih dalam meraikan hari istimewa bersama keluarga, perkara ini harus dikawal supaya kita tidak membuat pembelian ‘melampau’ sehingga akhirnya diri dibelenggu hutang yang membebankan.
Kredit : Perpustakaan Negara Malaysia FB page