Terdapat pelbagai cara untuk ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak anak.
Sebenarnya ia bergantung kepada norma dalam keluarga dan sosial budaya masyarakat setempat.
Sesetengah keluarga selesa menunjukkan kasih sayang dengan memeluk ahli keluarga, kucup di dahi dan pipi. Untuk keluarga yang lebih liberal, cium bibir ke bibir di anggap normal.
Dari sudut kesihatan, sebenarnya ada risiko penularan jangkitan terutama kepada bayi yang masih rendah imun tubuh. Bakteria dari mulut orang dewasa yang di pindahkan ke mulut bayi boleh menyebabkan risiko kerosakan gigi. Ada jangkitan lain seperti herpes juga boleh di pindahkan ke bibir bayi.
Dari segi psikologi, ada pakar yang tidak menyarankan kerana akan menyebabkan kanak kanak keliru mengenai batas bahagian tubuh yang dilarang untuk di sentuh oleh sesiapa termasuk ahli keluarga.
Penting untuk ibu bapa untuk tahu untuk bila untuk BERHENTI mencium anak di bibir. Apabila meningkat remaja, perubahan horman dan fizikal tubuh menyebabkan remaja mula ada rasa malu dan rasa kurang selesa untuk di cium.
Jangan bimbang, selain ciuman mulut banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara ahli keluarga.
Owh, pesanan untuk semua, jangan pula anda malu dan segan untuk memeluk cium ibu bapa. Walaupun anda sudah dewasa dan mereka sudah tua berkedut seribu.
Pages: 1 2