TARIKH: 17 SEPTEMBER 2025
MASA: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai strategi dan teknik pemasaran secara dalam talian, termasuk penggunaan media sosial, platform e-dagang dan iklan digital. Ianya diharap dapat membantu usahawan meningkatkan kemahiran promosi, menarik lebih ramai pelanggan, mengukuhkan jenama serta memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka, sekali gus meningkatkan daya saing dalam era ekonomi digital.
Aktiviti:
Penerangan diberikan secara atas talian mengenai pelbagai strategi yang boleh digunakan oleh usahawan dalam bisnes yang diusahakan.